top of page

Warisan Rungus Semarakkan KMJG Matunggong

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 21, 2025
  • 1 min read

KUDAT:  Warisan budaya masyarakat Rungus dan semangat patriotisme mengibarkan Jalur Gemilang menyerikan Majlis Perasmian Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Peringkat Daerah Kecil Matunggong.


Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka Pekan Matunggong pada petang Rabu, dirasmikan Pembantu Menteri Kewangan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki.


Peserta konvoi KMJG Sabah disambut dengan persembahan Tarian Mongigol Sumundai daripada Persatuan Adat Seni dan Budaya Kudat. Tarian tradisi masyarakat Rungus itu biasanya diiringi paluan gong yang dimainkan oleh enam hingga tujuh orang pemalu gong.


Selain itu, para peserta konvoi turut disajikan demonstrasi tenunan tradisional Rungus dikenali sebagai Magavol yang dihasilkan secara manual menggunakan alat tenun Babaal, memperlihatkan kehalusan seni dan identiti warisan masyarakat tempatan di Matunggong.


Dalam ucapannya, Datuk Julita mengajak rakyat menyemarakkan kempen kibar Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kebangsaan melalui inisiatif “Satu Rumah Satu Jalur Gemilang (1R1JG)”.


“Dengan mengibarkan Jalur Gemilang di setiap rumah, kita bukan sahaja memeriahkan suasana Hari Kemerdekaan tetapi juga memperkukuhkan ikatan sebagai rakyat Malaysia. Jalur Gemilang adalah simbol penyatuan rakyat berbilang kaum di bawah satu identiti,” katanya.


Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Tinah Maralin serta Pengarah Penerangan Sabah merangkap Ketua Konvoi KMJG Sabah 2025, Jainisah Mohd Noor./Penerangan-

4 Comments


Nancy Hopper
Nancy Hopper
Mar 13

Tidak hanya mempelajari teori, siswa yang mengikuti Bahasa Inggris Kelas 6 melalui UNICCM School juga mendapatkan latihan praktik seperti membaca dialog, memahami arti kalimat, dan menuliskan jawaban dalam bahasa Inggris.

Like

Michie Momo
Michie Momo
Mar 13

Sebagai bekal menuju jenjang pendidikan selanjutnya, siswa dapat mempelajari Bahasa Inggris Kelas 6 melalui program yang disediakan oleh UNICCM School dengan materi yang dirancang untuk memperluas kosakata dan memperdalam pemahaman struktur kalimat.

Like

Jerome Holan
Jerome Holan
Feb 19

Siswa dapat belajar lebih mandiri melalui IPAS Kelas 3 yang fleksibel dan praktis. Semua materi tersedia online dengan penjelasan jelas. Proses belajar jadi lebih efisien.

Like

John Snow
John Snow
Jan 20

UNICCM School menggunakan pendekatan belajar yang terorganisir. Materi disusun secara bertahap. Hal ini membantu pemahaman peserta didik.

Like
bottom of page