Ewon ketuai delegasi KKIP terokai potensi kerjasama industri di Taiwan
- Daily Insight
- 1 day ago
- 1 min read

12 April 2026
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Datuk Ewon Benedick mengetuai delegasi Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) mengadakan lawatan kerja ke Taiwan bagi menerokai potensi kerjasama industri.
Ewon yang juga merupakan Pengerusi KKIP akan mengadakan pertemuan dengan pemain-pemain industri berteknologi tinggi dan semikonduktor melalui Taiwan Science Park Industries Association (ASIP).
Ewon juga akan mengadakan pertemuan dengan Sinotech Engineering Consultants yang telah membangunkan Hsinchu Science Park dan taman-taman perindustrian lain.
Ewon juga akan mengadakan pertemuan dengan Phison Electronics Corps, Chaoyang University of Technology dan Yeshealth iFarm.
Delegasi tersebut turut disertai Energy Commission of Sabah, SMJ Energy Sdn Bhd, Sabah Energy Corporation, Sabah Electricity dan Universiti Malaysia Sabah.



Comments