Ewon salur RM50,000 dana pembangunan St Paul Nagasiba
- Daily Insight
- 2 days ago
- 1 min read

11 April 2026
PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 bagi menyokong dana pembangunan Gereja St Paul Nagasiba.
Sumbangan itu disampaikan ketika Timbalan Ketua Menteri itu menghadiri Fund-Raising Golf Tournament anjuran Paroki St Paul Penampang bersama Penampang Countryside Golfers Club (PCGC), di sini, hari ini.
Ia bertujuan mengumpul dana bagi tabung pembangunan gereja berkenaan.
Selain itu, Ewon yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan serta Pengerusi KKIP turut menyalurkan RM10,000 bagi menaja hadiah pertandingan golf tersebut.
Beliau berkata, usaha pengumpulan dana seperti itu mencerminkan semangat kerjasama komuniti dalam menyokong pembangunan institusi keagamaan.
“Saya menghargai sumbangan yang disalurkan oleh para penderma. Semoga keharmonian kaum dan agama di Sabah terus dipupuk bersama melalui inisiatif seperti ini,” katanya.



Comments