top of page

TYT Sertai 5,000 Jemaah Majlis Tahlil Allahyarhamah Zara Qairina

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 15, 2025
  • 1 min read

SAMBUT... Ketibaan Musa disambut Masidi (kanan).
SAMBUT... Ketibaan Musa disambut Masidi (kanan).

KOTA KINABALU: Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menyertai 5,000 jemaah dalam Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Kesejahteraan Allahyarhamah Zara Qairina di Masjid Bandar Raya, Likas.


Bacaan tahlil dimulakan sejurus selepas solat hajat untuk mendoakan terserlah kebenaran, dipermudahkan segala urusan, diangkat segala fitnah dan dihilangkan rasa trauma dalam kalangan pelajar.


Bacaan surah Yasin dan tahlil dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Suhaimi Kuanting manakala bacaan doa dipimpin Mufti Negeri Sabah, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar.


Selesai solat isyak berjemaah, Tun Musa yang ditemani isteri, Toh Puan Faridah Tussin sebelum beredar meninggalkan majlis dengan laungan takbir sebagai sokongan untuk mendapatkan keadilan untuk Allahyarhamah Zara Qairina yang meninggal dunia pada 17 Julai yang lalu.


Turut hadir, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor, Menteri Kewangan Sabah Datuk Masidi Manjun, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi merangkap exco Agama dan Pendidikan Sabah Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Kadzim M Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong dan pemimpin utama negeri.


Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil dan Doa Selamat untuk Allahyarhamah Zara Qairina turut diadakan serentak di seluruh negeri sesuai makluman Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JAHEINS)./Penerangan-



Comments


bottom of page