STAR Team Serah Buku Catatan KMJG 2025 Di Felda Sahabat
- Daily Insight
- Aug 15
- 1 min read

LAHAD DATU: Star Team Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyerahkan buku Catatan Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 di Felda Sahabat.
Penyerahan tersebut dibuat sempena perasmian Karnival Jiwa Madani @ Hari Kebangsaan Hari Malaysia (HKHM) dan Hari Sabah, Sahabat Maritim X Borneo Food Fest Santuni Felda di Tapak Ekspo Felda Sahabat.
Seramai lima orang anggota Star Team APMM terlibat dalam aksi yang memukau para penonton ketika hendak menyerahkan buku catatan tersebut kepada Ketua Konvoi KMJG 2025, Jainisah Mohd Noor.
Bintara Muda Maritim Solomon Fabian Ak Niraw dari Skuadron Gempur Sabah dan Sarawak menyerahkan Buku Catatan KMJG 2025 tersebut kepada Jainisah yang juga Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah untuk ditandatangani oleh tetamu kehormat yang hadir.
Seterusnya Pengarah Maritim Negeri Laksamana Pertama Maritim, Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali menurunkan butiran diri ke dalam buku catatan tersebut diikuti oleh tetamu kehormat yang lain.
Skuadron Gempur Sabah & Sarawak merupakan Pasukan Tindakan Khas (PTK) Dan Penyelamat APMM, ditubuhkan bagi melaksanakan tugas penguatkuasaan undang-undang dan peraturan di Zon Maritim Malaysia.
Tugas utama Star Team APMM adalah operasi khas menyelamat dan menggempur atau menggeledah secara paksa (forced boarding) dan melawan keganasan (anti-piracy/counter-terrorism)./Penerangan-



Comments