top of page

Mangsa Lemas di Kampung Purak Ogis Masih Belum Ditemui

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • 6 days ago
  • 1 min read

Oleh Romie Stanley DGuns


KOTA BELUD, 7 April 2026 – Seorang lelaki dipercayai lemas ketika mandi-manda di Sungai Kampung Purak Ogis Supuan, Kota Belud, dan masih belum ditemui setakat pukul 6.00 petang tadi. Pasukan Bomba dan Penyelamat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di persisiran sungai.


Mangsa dikenal pasti sebagai Fernandez Anak Sawing @ Andin, 33 tahun, warganegara Malaysia. Beliau dilaporkan hilang ketika aktiviti mandi-manda di sungai petang tadi. Panggilan kecemasan diterima oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud pada pukul 5.12 petang.


Seramai 9 anggota BBP Kota Belud bersama sebuah jentera Fire Rescure Tender (FRT) dan sebuah kenderaan Vigo telah bergegas ke lokasi sejauh 25 kilometer dari balai. Pasukan tiba di tempat kejadian pada pukul 5.42 petang dan terus memulakan operasi SAR menyusuri tebing sungai.


Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Sufian Aban, mengetuai pencarian di kawasan sekitar lokasi terakhir mangsa dilihat. Setakat ini, tiada agensi lain terlibat namun pihak bomba akan memohon bantuan polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaydia (APM) sekiranya operasi berlanjutan ke malam hari.


Pihak bomba menasihati orang awam supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di sungai berkenaan sehingga operasi selesai. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.


Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihubungi:

Pemangku Ketua Balai BBP Kota Belud, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Elgie Bakuk di talian 017-6015922.

Comments


bottom of page