Kota Kubu Mat Sator Tersembunyi di Tambunan
- Daily Insight
- Aug 11
- 1 min read

TAMBUNAN: Kota Mat Sator merupakan sebuah kubu lama yang tersembunyi di daerah Tambunan yang memiliki struktur yang canggih pada zaman 1900-an.
Nama kota yang berasal dari salah seorang pengikut Mat Salleh iaitu Mat Sator terletak 400 meter dari Kota Mat Salleh di Tibabar mencerminkan kepintaran rakyat tempatan ketika itu dalam merancang dan merekabentuk kubu sukar untuk dikesan dan dijatuhkan oleh pihak Britisih.
Menurut kurator Muzium Kota Mat Sator, Maxmillian Stanis Takong Mat Sator merupakan orang kanan kepada Datuk Paduka Mat Salleh dan beliau diberikan tanggungjawab untuk mentadbir serta menjaga kota tersebut.
“Mengikut kajian, kota ini adalah singgahsana kepada isteri Mat Salleh iaitu Dayang Bandang dikatakan mempunyai kesaktian mengubah biji-biji jagung menjadi potiukan atau lebah penyengat yang menjadi sebab Kota Mat Sator dan Mat Salleh bertahan.
“Mat Sator merupakan pejuang seangkatan Mat Salleh dalam memerangi British di mana selepas kejatuhan Kota Mat Sator, beliau bersama lebih kurang 400 orang pengikutnya merangka kubu British di Kudat seterusnya dapat menawan kawasan tersebut.
“Muzium ini ditubuhkan bagi memperingati seorang pahlawan yang jarang menjadi sebutan namun usaha yang meskipun Kota Mat Sator telah dimusnahkan namun beliau berjaya melarikan diri bersama lebih kurang 400 orang pengikutnya.
“Sejak dirasmikan pada tahun 2016 muzium ini menjadi saksi ketokohan Mat Sator sebagai salah satu pahlawan kemerdekaan dari Tambunan,” katanya.
Pada majlis itu, beliau menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Jeffery G. Kitingan.
Muzium Kota Mat Sator menjadi salah satu lokasi yang dilawati oleh Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) memandangkan bulan kebangsaan sinonim dengan memperingati pengorbanan para pejuang.



Comments