Koir Pelajar dan Zumba Ceriakan Pengisian Konvoi KMJG Sabah di Kiulu
- Daily Insight
- Aug 24
- 1 min read

KIULU: Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 peringkat Daerah Kecil Kiulu berlangsung meriah di Dewan Terbuka Pekan Kiulu, pada pagi Sabtu, dengan penglibatan aktif komuniti setempat dan pelajar sekolah.
Hentian kedua terakhir pada hari ke 20 konvoi ini dimulakan dengan sesi senam Zumba yang melibatkan para peserta konvoi bersama komuniti Kiulu sebagailambag menandakan permulaan yang penuh semangat dan bersatu hati dalam menyambut bulan kebangsaan.
Upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai yang menyatakan penghargaan terhadap komitmen semua pihak dalam menyemarakkan semangat patriotisme di peringkat akar umbi.
Menghangatkan suasana, persembahan nyanyian koir oleh Kelab Malaysiaku SMK Tun Fuad Stephens Kiulu yang melibatkan 100 murid turut mencuri perhatian dengan alunan lagu “Malaysiaku” dan “Keranamu Malaysia”.
Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Puan Jainisah Mohd Noor yang juga Ketua Konvoi KMJG Sabah 2025, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Leprus Esuvas Giswa, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.15 Kiulu, Golubi Guntarek serta Pengetua SMK Tun Fuad Stephens Kiulu, Zamli Mantamin./Penerangan-
Comments