KMJG Santuni Warga SAN, Masyarakat Balung
- Daily Insight
- Aug 14
- 1 min read

TAWAU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 tiba di Tawau dan turun menyantuni masyarakat di kawasan Balung.
Terpilih sebagai perhentian ke 32, Sekolah Agama Negeri (SAN) Balung menyambut ketibaan konvoi KMJG 2025 dengan kibaran bendera Jalur Gemilang dan bendera Sabah.
Sekolah yang diketuai oleh Guru Besar Salmiah Ebacho dengan sembilan tenaga pengajar itu menjadi tempat menuntut ilmu kepada 206 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar Tahun Satu hingga pelajar Tahun Enam.
Kibaran bendera dan bacaan ikrar yang penuh semangat oleh para pelajar sekolah tersebut menjadi motivasi kepada kepada peserta konvoi KMJG untuk meneruskan perjalanan yang masih berbaki 43 perhentian lagi.
Usai aktiviti di SAN Balung, konvoi KMJG 2025 yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah Jainisah Mohd Noor meneruskan perjalanan ke kawasan kedai Taman Sawit.
Di situ para peserta konvoi KMJG menyantuni masyarakat di situ sambil mengedarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada penduduk dan premis perniagaan di kawasan tersebut.
Comentarios