top of page

KMJG Santuni Lima Warga Emas Asnaf di Ranau

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 19
  • 1 min read

Agensi dalam konvoi PDRM mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada penduduk kampung. 
Agensi dalam konvoi PDRM mengagihkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah kepada penduduk kampung. 

RANAU: Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Sabah tiba di daerah ini dengan menyantuni warga emas kurang berkemampuan. 


Seramai lima orang warga emas asnaf Kg. Maringkan mendapat bakul makanan yang disampaikan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor hasil sumbangan komuniti Madani Daerah Ranau, pada Isnin.


Memasuki hari ke-15, Kg. Maringkan merupakan persinggahan ke-59 KMJG setelah menempuh perjalanan sejauh lebih kurang 1,900 KM. 


Antara acara yang turut dilaksanakan adalah sesi taklimat berkaitan kemerdekaan yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Penerangan Sabah, Edi Rizam Mohd Kasim. 


Selain itu pembahagian Jalur Gemilang kepada penduduk kampung bagi menyemarakkan lagi sambutan bulan kebangsaan. /Penerangan-

Comments


bottom of page