HBP: Ewon terima kunjungan Gabungan Penjaja dan SCENIC Sabah
- Daily Insight
- Aug 12
- 1 min read

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menerima kunjungan daripada Gabungan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia, serta Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, sempena Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP), hari ini.
Beliau berkata, pelbagai isu dibincangkan terutamanya berkaitan kepentingan dan keperluan penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
“Saya hargai pandangan cadangan yang telah disampaikan kepada saya dan kita akan angkat cadangan-cadangan mereka ke perbincangan seterusnya terutama berkaitan dengan syor untuk Belanjawan 2026,” katanya selepas HBP, di pejabatnya, di sini, hari ini.
Ewon turut menerima kunjungan daripada Sabah Creative Economy and Innovation Centre (SCENIC) bagi membincangkan pembangunan perusahaan sosial di Sabah yang akan menjadi fokus besar KUSKOP dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Katanya, pembangunan sektor ketiga termasuk perusahaan sosial dan perniagaan inklusif akan menjadi fokus besar KUSKOP dalam RMK13
“Saya doakan agar pembangunan keusahawanan di negara kita terus maju jaya dengan adanya kerjasama semua pihak.
“Saya dan warga KUSKOP akan terus komited dan dedikasi dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kami di Kementerian ini bagi membangunkan penjaja peniaga kecil sektor ke-3 seperti perusahaan sosial inklusif business dan juga koperasi,” katanya.



Comments