top of page

Hari Sabah Simbol Perjuangan Hak Negeri - Peto

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 21
  • 1 min read

ree

KOTA KINABALU: Sambutan Hari Sabah menjadi simbol perjuangan hak-hak negeri di peringkat persekutuan secara konstruktif dan harmoni.


Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Peto Galim berkata sambutan bertemakan "Untukmu Sabah Tanah Airku" itu mengingatkan rakyat tentang sejarah penyertaan Sabah dalam Malaysia pada 31 Ogos 1963.


''Sambutan Hari Sabah memberi impak dan kekal relevan kepada rakyat negeri ini melalui beberapa aspek utama antaranya memberi ruang untuk generasi muda mengenali sejarah, hak, dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan.


''Semoga sambutan Hari Sabah tahun ini akan dapat menyemai rasa bangga dan sayang kepada Negeri Sabah, mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang bangsa, menjana kesedaran sejarah dan hak negeri, menyemarak pembangunan serta menjadi simbol keutuhan dan harapan masa depan,” katanya ketika ditemubual di SabahFM, pada Rabu.


Menurut beliau, pengisian program sambutan Hari Sabah bukan hanya tertumpu kepada acara kebudayaan tetapi juga forum serta pameran yang membuka ruang perbincangan tentang pembangunan sosial, ekonomi dan inovasi.


''Penganjuran acara peringkat daerah di Keningau (10 Ogos), Pitas (17 Ogos), Beaufort (22 Ogos), Tawau (24 Ogos) dan Sandakan (27 Ogos) selain Pesta Bola Hari Sabah tahun ini memberi peluang rakyat di seluruh negeri menghayati erti sambutan.


“Pameran Hari Sabah juga akan diadakan pada 29-31 Ogos di Suria Sabah Shopping Mall,'' ujarnya.


Peto turut menjemput orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Hotel Promenade  pada sebelah pagi dan Hari Sabah 2025 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu pada sebelah malam.


Acara kemuncak sambutan yang akan berlangsung pada 31 Ogos di Padang Merdeka akan dimeriahkan dengan persembahan pentas, deklamasi sajak dan pertunjukan bunga api./Penerangan-

Comments


bottom of page