top of page

Ewon hargai kerjasama JKR tangani isu Pan Borneo di Kg Kolopis

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Sep 8
  • 1 min read
ree

KOTA KINABALU (8 Sept): Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick menghargai kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) dalam menangani isu berkaitan projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibangkitkan oleh penduduk Kg Kolopis, Penampang.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berharap penjelasan JKR berhubung kebimbangan yang disuarakan dapat memberikan pencerahan kepada penduduk terlibat.


“Saya hargai kesudian YB Datuk Shahelmey dan pihak JKR memberi penjelasan serta berbincang mengenai perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para penduduk,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya, di sini, hari ini.

ree

Ewon berkata, walaupun beliau sedang bercuti bagi persiapan kelahiran anak, tanggungjawab sebagai wakil rakyat tetap menjadi keutamaan.


“Kunjungan ini bertujuan membincangkan beberapa perkara, khususnya berhubung skop kerja tambahan projek Pan Borneo iaitu pembinaan vehicular box culvert bagi laluan kenderaan ringan di Kg Kolopis yang mencetuskan pelbagai reaksi daripada penduduk,” katanya.


Beliau memaklumkan, JKR bersama jabatan serta pihak berkepentingan akan turun padang esok bagi membuat penandaan rezab lebuhraya/jalan dan kawasan sebenar yang terlibat dalam projek berkenaan.

ree

“Tiada struktur rumah penduduk yang akan dirobohkan bagi pelaksanaan skop tambahan tersebut. Saya berharap perkara ini dapat memberi ketenangan dan kejelasan kepada penduduk terlibat,” tambahnya.


Turut serta dalam kunjungan itu ialah beberapa wakil penduduk Kg Kolopis iaitu Lofina, Nicholas dan Johnny.

ree

Comments


bottom of page