top of page

Ewon hargai keprihatinan Fadhlina luluskan keperluan sekolah di Penampang

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Sep 26
  • 1 min read


Ewon dan Fadlina mendengar taklimat ringkas daripada Pengetua SM St.Micheal Penampang Jackson Siga.
Ewon dan Fadlina mendengar taklimat ringkas daripada Pengetua SM St.Micheal Penampang Jackson Siga.

26 September 2025


PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick merakamkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas keprihatinan meluluskan peruntukan bagi dua buah sekolah menengah di Penampang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.


Ewon yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, permohonan itu telah dikemukakan kepada Fadhlina dalam mesyuarat Kabinet yang lalu sebelum mendapat kelulusan.


“Saya juga memohon kepada beliau supaya turut mengadakan lawatan di SMK Limbanak untuk melihat sendiri keperluan sekolah itu, selain meninjau keadaan di Sekolah Menengah St. Michael, Penampang, yang menerima peruntukan khusus untuk mengurangkan impak kerosakan akibat musibah tersebut.


“Bagi SMK Limbanak, Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan peruntukan bagi menyelenggara dan membaik pulih kemudahan dewan sekolah.

Ewon mengiringi Fadlina melawat SMK Limbanak.
Ewon mengiringi Fadlina melawat SMK Limbanak.

“Sebagai Ahli Parlimen Penampang, saya amat menghargai tindakan pantas Kementerian Pendidikan dalam meluluskan peruntukan ini demi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran,” katanya selepas mengiringi Fadlina mengadakan lawatan kerja ke SM St.Micheal dan SMK Limbanak Penampang hari ini untuk meninjau keperluan kedua-dua sekolah itu.

Comments


bottom of page