top of page

Dua Remaja Kritikal Akibat Lemas di Pantai Lahad Datu

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 24
  • 1 min read

ree

LAHAD DATU, 23 Ogos – Dua remaja perempuan dilaporkan kritikal selepas hampir lemas ketika mandi-manda bersama keluarga di Pantai Rindu, di sini, pada Sabtu.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 pada jam 12.26 tengah hari sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba Lahad Datu ke lokasi kejadian dengan jentera bomba dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).


Keluarga mangsa sempat menarik keluar kedua-dua remaja berusia 12 dan 16 tahun itu dari air sebelum ketibaan pasukan penyelamat. Bantuan pernafasan (CPR) diberikan kepada mangsa di lokasi.


Kedua-duanya kemudian dibawa ke hospital menggunakan kenderaan persendirian, sementara pasukan penyelamat menjalankan pemantauan keselamatan di kawasan pantai dan memberikan nasihat keselamatan sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.37 petang.

Comments


bottom of page