top of page

Demonstrasi Taktikal K9 Curi Perhatian

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 24
  • 1 min read

ree

TUARAN: Demonstrasi taktikal Unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah mencuri perhatian kira-kira 1,000 pengunjung Karnival Kita Madani 2025.


Unit K9 yang lazimnya bertugas di sebalik tabir operasi kepolisan, tampil secara terbuka bagi memperlihatkan keupayaan luar biasa mereka mengesan bahan letupan, senjata api tersembunyi serta membantu dalam menumpaskan penjenayah bersenjata di Padang Istiadat, Tuaran sempena Karnival Kita Madani, pada Sabtu.


Aksi disiplin dan keberanian anjing-anjing seperti Mark, Lord dan Alex mengundang sorakan serta tepukan gemuruh daripada penonton yang teruja menyaksikan kemampuan mereka.


Demonstrasi selama 40 minit itu meliputi latihan menurut arahan, simulasi pengesanan bahan berbahaya, serta aksi menahan suspek rompakan bersenjata.


Paling dramatik, K9 Alex berjaya mengesan senjata api tersembunyi dalam sebuah kenderaan, manakala K9 Lord menunjukkan keberanian tinggi ketika menahan penjenayah dalam situasi berisiko tinggi./Penerangan-

Comments


bottom of page