top of page

11 cedera dalam kemalangan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 24
  • 1 min read
ree

TAMPARULI, 23 Ogos – Sebelas orang cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tamparuli-Ranau berhampiran Kampung Minangkop, petang Sabtu.


Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 1.33 tengah hari sebelum menghantar pasukan dari Balai Bomba Tuaran yang tiba di lokasi pada jam 2.10 petang.


Seorang lelaki yang tersepit dalam kereta Toyota Vios berjaya dikeluarkan anggota bomba, manakala mangsa lain yang menaiki Toyota Hilux, Toyota Vigo dan Suzuki Jeep diberikan rawatan awal di tempat kejadian.


Pasukan perubatan daripada JBPM, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut memberi bantuan sebelum semua mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.


Operasi yang melibatkan 10 anggota bomba dengan sokongan polis serta agensi lain dikawal sepenuhnya pada jam 3.30 petang dan ditamatkan sebelum jam 4 petang.

Comments


bottom of page