top of page

Sabah, Norway Teroka Kerjasama Sektor Maritim, Tenaga Dan Perikanan

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • May 25
  • 1 min read

KOTA KINABALU : Sabah dan Norway mempunyai potensi untuk meneroka kerjasama sektor maritim, tenaga dan perikanan pada masa hadapan.


Duta Besar Norway ke Malaysia, Marianne Fosland berkata, terdapat beberapa perkara yang boleh diterokai secara lebih mendalam pada peringkat seterusnya.


"Norway memiliki kepakaran yang luas dalam industri perikanan moden serta pembangunan tenaga boleh diperbaharui yang dilihat berupaya memberi nilai tambah kepada pertumbuhan ekonomi Sabah.


"Sabah mempunyai potensi besar

dalam sektor tenaga hijau, selain kagum dengan keindahan alam semula jadi negeri ini selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tenaga Hijau," katanya kepada media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini pada Selasa.


Beliau menjelaskan bahawa kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkenalkan diri susulan pelantikan beliau sebagai Duta Besar Norway ke Malaysia bagi menggantikan pendahulunya, Gunn Jorid Roset.


Menurut Fosland, lawatan kerja selama dua hari ke Sabah itu juga membuka ruang yang signifikan untuk beliau mempromosikan potensi pelaburan negeri ini kepada syarikat-syarikat dan pelabur dari Norway bagi meneroka peluang perniagaan baharu di negeri ini./Penerangan-

Comments


bottom of page