top of page

Ops Tapis Sandakan: Lelaki, Wanita Ditahan Positif Dadah

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Apr 9
  • 1 min read

SANDAKAN, 9 April 2026 – Seorang lelaki dan seorang wanita ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Tapis yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada 7 April lalu.


Menurut kenyataan IPD Sandakan, kedua-dua suspek ditahan kira-kira jam 10 malam dan hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.


Wanita terbabit disyaki memiliki dadah jenis syabu, manakala lelaki berkenaan disyaki memasukkan dadah ke dalam tubuh badan sendiri.


Kedua-dua suspek kini direman di Lokap Polis IPD Sandakan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Operasi Op Tapis yang dijalankan secara bersepadu itu melibatkan beberapa lokasi di sekitar Sandakan termasuk Rancangan Sungai Manila, Batu 12; Kampung Sentosa, Batu 10; serta kawasan Batu 2½.


Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan merupakan antara usaha berterusan IPD Sandakan dalam membanteras penyalahgunaan dadah di daerah ini.


IPD Sandakan turut menegaskan komitmen untuk terus mempergiat operasi seumpama itu dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat terus terpelihara.

Comments


bottom of page