IPD Kota Belud Anugerah Sijil APC 2025 kepada 20 Pegawai dan Anggota
- Daily Insight
- Jul 26
- 1 min read

Oleh : Romie Stanley DGuns
KOTA BELUD, 26 Julai – Seramai 20 orang Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud menerima Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 pada satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat IPD Kota Belud pada 24 Julai lalu.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain, sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang, komitmen serta dedikasi para penerima dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing sepanjang tahun perkhidmatan.

Penganjuran majlis tahunan ini bukan sahaja mencerminkan penghargaan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap warga kerja berprestasi tinggi, malah turut menjadi pemangkin semangat kepada seluruh anggota dan pegawai untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan.
Ia juga selaras dengan hasrat PDRM dalam memupuk budaya kerjaya yang profesional, berintegriti dan berkualiti, sekali gus memperkukuhkan kepercayaan serta keyakinan masyarakat terhadap institusi kepolisan.



Comments