top of page

Cubaan Seludup 800 Liter Diesel Gagal, Lelaki Ditahan di Banggi

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Apr 9
  • 1 min read

KUDAT, 9 April – Cubaan seorang lelaki tempatan untuk menyeludup kira-kira 800 liter minyak diesel tanpa kebenaran gagal apabila ditahan dalam satu operasi bersepadu di Pulau Banggi, semalam.


Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kudat, suspek ditahan ketika operasi Op Tiris 4.0 yang turut melibatkan Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Kudat dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat.


Kenyataan itu memaklumkan pemeriksaan yang dijalankan di laluan Karakit–Batu Layar menemukan empat tong dram berisi diesel di bahagian belakang sebuah pikap Toyota Hilux berwarna putih yang dipandu suspek.


“Kedudukan dan keadaan kenderaan tersebut menimbulkan kecurigaan anggota bertugas sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan,” menurut kenyataan itu.


Semua barang kes termasuk kenderaan dan minyak diesel berkenaan telah disita, manakala suspek turut ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.


KPDN menegaskan akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan di kawasan berisiko tinggi seperti Pulau Banggi dalam usaha membanteras penyelewengan dan penyeludupan bahan api bersubsidi.

Comments


bottom of page