top of page

Saifuddin Dahului 150 Penerima Darjah Kebesaran Dalam Istiadat Pengurniaan Siri Kedua

  • Writer: Daily Insight
    Daily Insight
  • Aug 14
  • 2 min read
ree

KOTA KINABALU: Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendahului senarai 150 penerima Darjah Kebesaran, Bintang serta Pingat Negeri Sabah.


Beliau dikurniakan darjah kebesaran tertinggi, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman, di Dewan Istiadat Istana Seri Kinabalu, hari ini.


Istiadat siri kedua bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Rasmi Ke-74 Tuan Yang Terutama (TYT) itu turut menyaksikan pengurniaan darjah Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) kepada 20 penerima antaranya, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah Datuk Fuad Abdul Malek, Pengarah Jabatan Penangkutan Jalan Sabah Datuk Mohd Harris Ali, Timbalan Pengarah Klinikal 1 Datuk Dr. Azman Ibrahim, Setiausaha MUIS Datuk Ramlan Awang Ali serta Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Mazlan @ Joehari Manan.


Dalam istiadat tersebut, Tun Musa turut mengurniakan Jaksa Pendamai (JP) kepada empat individu termasuk Setiausaha Sulit Izharudin Jalaludin, sebelum 19 individu lain dikurniakan Ahli Setia Kinabalu (ASDK) antaranya, Setiausaha Perhubungan Awam kepada Timbalan Ketua Menteri III Ambia @ Azmiee Hassan dan Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting.


Turut kelihatan kelibat para pengamal media termasuk Ketua Biro BERNAMA Fadzli Ramli yang dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (ADK) bersama 33 individu lain.


Ia diikuti dengan pengurniaan Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada Wartawan Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sabah Salmariwaya Sali, Wartawan Sabah Media Normimie Diun, Jurufoto BERNAMA Zamain Singkui dan Setiausaha Akhbar Timbalan Ketua Menteri III Ritnie Carlikka Mansor bersama 31 penerima lain.


Selain itu, 25 individu dikurniakan Bintang Kinabalu (BK) manakala 13 lagi dikurniakan Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).


Antara yang hadir dalam istiadat berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Arif, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun./Penerangan-

Comments


bottom of page